suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak Tiga Tahun Cedera Kena Langgar Lari

SERDANG: Seorang budak lelaki berusia tiga tahun mengalami kecederaan dalam kejadian langgar lari di sini di Serdang Jaya dan dimasukkan ke hospital.

Mangsa dipercayai berada bersama ibu saudaranya di Serdang Jaya ketika kemalangan itu berlaku pada pukul 1.30 petang.

Sewaktu mereka berdua sedang melintas jalan, mangsa telah melepaskan tangan ibu saudaranya dan berlari ke hadapan menuju ke arah laluan trafik.

Dia dilanggar oleh kenderaan yang belum dikenal pasti kerana kereta tersebut tidak berhenti dan meninggalkan lokasi kejadian sebaik insiden tersebut berlaku.

Budak lelaki itu dikejarkan ke Hospital Serdang dan ibu saudara mangsa kemudiannya membuat laporan polis.

"Mangsa mengalami lebam pada badan dan terdapat tanda dia mengalami pendarahan pada bahagian otak," kata Ketua Polis Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohammad Aminudin Megat Alias.

Sumber berkata, mangsa dalam keadaan stabil tetapi masih menerima rawatan untuk kecederaan yang dialami.

langgar lari

Artikel Lain