suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

KPT Lanjutkan Tarikh Permohonan Biasiswa PhD

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melanjutkan tarikh permohonan biasiswa pegawai dalam perkhidmatan bagi pengajian peringkat doktor  falsafah (PhD) sehingga 28 Feb ini.

Menurut  satu kenyataan KPT, pihaknya menerima banyak permohonan untuk perlanjutan tempoh  berikutan permohonan berkenaan masih dalam status menunggu sokongan majikan dan universiti masing-masing.

“Justeru, pemohon boleh mengemukakan permohonan lengkap kepada bahagian biasiswa KPT melalui majikan masing-masing, selewat-lewatnya pada 28 Feb,” menurut kenyataan itu.

Sehingga 5 Jan, KPT menerima 66 permohonan daripada pegawai dalam perkhidmatan dan kini dalam pertimbangan KPT. - Bernama

biasiswa, PhD

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain