suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Empat Maut Nahas Dua Motosikal, Kereta

Gambar Hiasan

IPOH: Empat maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua buah motosikal dengan sebuah kereta di KM278.9 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara selepas Plaza Tol Ipoh Selatan di sini, awal pagi Ahad.

Mereka yang maut dalam kemalangan kira-kira pukul 5.36 pagi itu dikenali sebagai Mohamad Hafiz Jabon, 33; Rafiq Hafizi Rahimi, 21; Muhsin Muhamad Wazer, 23 dan Mohamad Syarif Mohamad Said, 30.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Mohd Ali Thamby berkata dalam kejadian tersebut, Rafiq Hafizi yang menunggang motosikal jenis Kawasaki Ninja dan Mohamad Syarif penunggang motosikal jenis Yamaha RXZ maut di lokasi kejadian.

Mohamad Hafiz dan Muhsin yang merupakan pembonceng kedua-kedua motosikal terbabit meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini, katanya.

"Hasil siasatan awal yang diperoleh daripada seorang lelaki yang juga pemandu kenderaan jenis Proton Iswara terbabit, semasa kejadian itu, kedua-dua motosikal dalam perjalanan dari Simpang Pulai ke Ipoh.

"Apabila sampai di tempat kejadian, motosikal terbabit telah bergesel sesama sendiri dalam kelajuan yang agak tinggi sebelum terbabas dan melanggar bahagian belakang Proton Iswara tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini, Ahad.

Pemandu Proton Iswara tidak mengalami sebarang kecederaan.--Bernama 

PLUS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain