suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Cuba Terjun Dari Pintu Gerbang

Foto: Facebook Borneo

KUCHING: Cubaan seorang lelaki untuk terjun dari pintu gerbang Kampung Muara Tebas dekat sini digagalkan sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.59 petang sebelum sepasukan sembilan anggota daripada BBP Petra Jaya digerakkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata anggota bomba yang tiba di lokasi mendapati seorang lelaki berusia lingkungan 30 hingga 40-an berada di atas pintu gerbang Kampung Muara Tebas.

"Setelah hampir dua jam memujuk, akhirnya lelaki itu berjaya dibawa turun dengan bantuan saudaranya menggunakan tangga jentera ‘Fire Rescue Tender'," katanya di sini pada Sabtu.

Tiong berkata lelaki itu telah diserahkan kepada  polis untuk tindakan lanjut.- Bernama

Pintu Gerbang, terjun

Artikel Lain