suria

Pemandu Bekas Gengster 'Dalam Hati Ada Taman'

Gambar hiasan.

PETALING JAYA: Sergahan seorang pemandu e-hailing dari dalam kereta sudah cukup menggerunkan, ditambah dengan wajahnya yang cukup bengis.

“Weh! Apa pasal lu (kamu) tak angkat wa (saya) punya call (panggilan telefon)?” itu ayat pertama pemandu berkenaan yang pasti boleh membuatkan penumpangnya atau sesiapa sahaja kecut perut.

Bukan setakat menyergah, pemandu  itu tiba-tiba berang apabila sebuah kereta memotong sambil membuang sampah plastik dari tingkap kenderaan.

"Ini orang dia ‘potong’ kita tak apa lagi. Tapi dia buang sampah itu macam, kita kena kasi ‘potong’ sama dia,” kata pemandu tersebut sambil menekan minyak dan membunyikan hon sebaik sahaja menghampiri kenderaan tersebut.

“Nasib baik wa dah tak muda lagi. Kalau muda, itu orang mesti kasi 'potong' punya,” kata pemandu yang kemudian mendedahkan dirinya adalah bekas gengster. 

Pengalaman menaiki kenderaan e-hailing bersama bekas gengster itu dikongsi seorang pakar pemasaran di Facebook pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Al Irfan Jani berkata, dia sempat berbual dengan pemandu yang masih mempunya 'saki-baki' perangai gengster itu dalam perjalanan di sekitar Kajang, baru-baru ini.

Tatu. Gambar hiasan

Katanya, pemandu tersebut yang berusia hampir setengah abad memberitahu bahawa dirinya kini telah insaf dan membina hidup baharu bersama keluarga. 

“Saya ni penumpang (e-hailing) tegar, tapi pengalaman bersama pemandu ini, belum pun masuk kereta dah kena ‘sound’, muka bengis dan lengan bertatu, mahunya saya tak terkejut.

“Tapi dengan orang-orang macam ni, kita kena tegur macam kawan, buatkan mereka rasa selesa, kita pun tak rasa takut,” kata Irfan kepada mStar Online pada Sabtu.

Namun di sebalik sikap panas baran dan pengalaman bergelar gengster, Irfan memberitahu bahawa pemandu itu sebenarnya seorang yang berhati lembut.

Menurut Irfan, pemandu tersebut sebak saat meluahkan kekesalannya bersikap ganas semasa usia mudanya, sehingga menitiskan air mata.

“Sebab dia bekas gengster, jadi cakap pun dengan nada keras dan sikapnya memang baran tetapi semasa bercerita tu dia sebak dan menangis. Dia kata menyesal sebab menghabiskan masa mudanya buat benda yang bukan-bukan.

“Usia nak dekat 50-an baru nak bina keluarga, anak-anak pun masih kecil. Dia mahu hidup berdikari, mengetuai keluarga bersama isteri dan anak-anak,” kata Irfan mengenai pemandu yang telah lama meninggalkan kerja ‘kotor’nya itu.

Memetik kata-kata pemandu berkenaan yang dikongsi Irfan di laman sosial: "Wa selalu cakap pada gengster muda. Lu langsi-langsi ada kawan bolehlah. Masa tua, sudahnya lu mesti hidup sendiri. Semua orang ada kehidupan dia."

"Benda paling menyesal wa pernah buat dalam hidup. Lu kalau jumpa gengster muda, lu boleh kasi tau nasihat wa ni. Dia balik, sorang-sorang dalam bilik, mesti dia fikir punya. I selalu tanya macam mana nak bina semula (hidup baharu)."

gengster, pemandu, tatu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Anak Panda Kedua Betina

Artikel Lain