suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Remaja Maut Ditimpa Kerusi Jadi Kes Bunuh

KUALA LUMPUR: Polis mengklasifikasikan kes remaja maut ditimpa kerusi dalam kejadian di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai, Pantai Dalam, Isnin sebagai kes bunuh.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim, berkata, Unit Siasatan Tempat Kejadian Forensik (CSI) Polis Kuala Lumpur, telah mengambil sampel DNA pada kerusi berkenaan dan lima dari 31 saksi yang ditemu bual dan dirakam percakapan berhubung kejadian itu,untuk dibuat analisis.

"Polis sedang menjalankan siasatan dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Pihak Polis KL meminta kerjasama orang ramai jika ada maklumat mengenai kejadian ini atau sebarang bahan bukti kes ini. Orang ramai juga diminta tidak membuat sebarang spekulasi dan maklumat hendaklah disalur kepada pihak polis.

"Maklumat boleh salurkan ke Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Firdausi Shahril, di talian 012-3388164/03- 90516222 atau Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Brickfields Deputi Superintendan Tony Lunggan 014-6225262," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu. - Sinar Online

Artikel Sebelum

Artikel Lain