suria

Empat Pintu Akses Ke Dataran Kaabah

Terdapat empat pintu yang tertulis 'Access Door For Ehram'.

MAKKAH: Jemaah umrah yang hendak menyempurnakan ibadat tawaf dan saie kini tidak perlu menunggu lama untuk tujuan itu.

Sejurus tiba di dataran Kaabah,  jemaah boleh masuk ke pintu 88, 89, 93 atau 94 yang tertulis Access Door For Ehram dan akan diarahkan supaya melalui laluan yang ditunjukkan oleh pengawal keselamatan Masjidil Haram.

Keempat-empat pintu itu terletak di antara King Abdul Aziz dan King Fahd Gate.

Jemaah sererusnya akan menuruni tangga atau eskelator untuk tiba di dataran Kaabah.

Pusingan tawaf menjadi singkat kerana hanya jemaah yang bertawaf menyempurnakan umrah dan yang berihram saja dibenarkan turun ke dataran Kaabah.

Penulis yang kini berada di Tanah Suci Makkah mendapati, tawaf hanya mengambil masa kira kira setengah jam.

Selesai tawaf, jemaah boleh menunaikan solat sunat tawaf di belakang kawasan Hijr Ismail dan ruang bersolat dibahagi dua dengan penghadang berwarna hijau dan kelabu untuk lelaki dan wanita yang mahu bersolat sunat tawaf.

Untuk tujuan saie, laluannya tiada perubahan dan jemaah boleh memilih untuk bersaie di paras dikehendaki.

Bagaimanapun, jemaah dinasihatkan agar bergerak secara berkumpulan, terutama mereka yang baru kali pertama untuk mengelakkan sesat.

Bagi jemaah lelaki yang mahu menunaikan tawaf sunat dan tawaf wada, mereka dinasihatkan agar berpakaian ihram. Jika tidak berihram, mereka perlu tawaf di paras atas dan bersedia untuk tawaf 5.6 kilometer bagi melengkapkan tujuh pusingan.

Ketika ini, kawasan di dataran Kaabah sedang pesat melalui kerja-kerja pemulihan yang dijadualkan selesai pada Ramadan tahun hadapan.

Makkah, tawaf, dataran Kaabah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain