suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isu Tanah Felda: Isa Samad Dipanggil Minggu Depan

KUALA LUMPUR: Polis akan mengambil keterangan bekas Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad pada minggu hadapan berhubung kes penipuan urusan pertukaran tanah milik Felda di Jalan Semarak.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata Isa adalah individu berkepentingan kerana beliau adalah pengerusi Felda ketika urusan pertukaran tanah itu dilakukan.

“Kami akan merakam keterangannya berhubung kes ini.

“Kami akan menyiasat kes itu di bawah penipuan dan pemalsuan dokumen,” katanya pada sidang media di Bukit Aman pada Rabu.

“Kami sudah memulakan siasatan sejak pegawai Felda berpangkat tinggi membuat laporan polis.

“Kami juga dalam proses mendapatkan kenyataan individu yang membuat laporan tersebut,” katanya.

Isa Samad, Felda

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain