'Haruan' Tak Mengaku 'Makan Anak' - Semasa | mStar

'Haruan' Tak Mengaku 'Makan Anak'

GEORGE TOWN: Seorang bapa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan merogol anak perempuannya yang berumur 15 tahun.

Lelaki berusia 50 tahun itu didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu di rumah mereka di Air Itam di sini antara 9.45 malam, 20 Disember hingga 12.30 malam 21 Disember lepas.

Tertuduh yang bekerja sebagai peniaga didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun atau boleh dikenakan sehingga 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Farah Aimy Zainul Anwar tidak menawarkan sebarang jaminan berikutan mangsa ialah remaja bawah umur dan merupakan kes sumbang mahram.

Hakim Irwan Suainbon tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 29 Januari depan untuk pengurusan kes bagi membolehkan tertuduh melantik peguam dan serahan laporan perubatan mangsa.

Sabtu lepas, polis mengesahkan seorang peniaga ditahan atas dakwaan merogol  anak perempuannya  berusia 15 tahun di rumah mereka sehingga hamil. -- Bernama

Irwan Suainbon

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Suara Kepit Lelaki Ini Boleh Buat Duit!

Artikel Lain