suria

Pindah Milik Tanah, Ahli Lembaga Pengarah Felda Tak Tahu

JOHOR BAHRU: Ahli Lembaga Pengarah Felda tidak dimaklumkan mengenai pemindahan hak milik tanah Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Ketua Peneroka Felda Kebangsaan, Samsudin Othman berkata ahli lembaga pengarah hanya diberi taklimat mengenai cadangan pembangunan di tanah utama itu oleh pengurusan Felda yang terdahulu.

Beliau berkata ini termasuk butiran mengenai kompenan pembangunan termasuk hotel bertingkat yang boleh menjana pendapatan bagi Felda.

Ahli lembaga pengarah telah memberi kelulusan (untuk projek itu) tetapi kami tidak dimaklumkan mengenai siapa individu di sebaliknya (pemindahan hak Miliz talnah),” kata Samsudin dalam satu sidang media di sini Rabu.

Samsudin adalah salah seorang ahli lembaga pengarah agensi itu dan Pengerusi Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP) mewakili seramai 112,635 peneroka dari 317 tanah rancangan Felda seluruh negara.

Beliau berkata selain maklumat berkaitan Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) dan kelulusan yang diberikan, mereka tidak tahu individu di sebalik projek terbabit.

“Pengurusan Felda yang terdahulu tidak telus dalam membuat keputusan perniagaan atau melakukan sesuatu,” dakwanya.

Beliau berkata mereka hanya mengetahui mengenai perjanjian tanah di Jalan Semarak itu daripada laporan akhbar.

Katanya, ahli lembaga pengarah akan membantah projek itu jika ia diketahui lebih awal.

Felda berdepan risiko kehilangan hak ke atas kawasan strategik dianggarkan bernilai lebih RM200 juta di pusat bandar raya berikutan dipercayai berlaku transaksi pindah milik tanah mencurigakan sejak 2015.

tanah Felda, Jalan Semarak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain