suria

Imams Beza Dari Apa Yang Saya Maklum Kabinet - Nazri

Mohamed Nazri Abdul Aziz.

PETALING JAYA: Pembatalan secara mendadak berhubung Sistem Pemantauan Pengendalian Pakej Umrah Malaysia (Imams) bagi permohonan visa umrah tiada kaitan dengan pegawai eksekutif bukan Islam yang mengendalikan sistem itu, kata Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan berkata, alasan sebenar di sebalik pembatalan itu adalah disebabkan pelaksanaan sistem berbeza daripada apa yang dimaklumkan kepadanya dan dilaporkan kepada Kabinet.

Sistem yang bertujuan menangani penipuan pakej umrah dibatalkan pada Sabtu dalam tempoh 24 jam selepas pelancarannya.

"Tidak, tidak ada kena mengena dengan itu," kata Nazri dalam mesej teks kepada The Star menjawab soalan sekiranya pembatalan itu disebabkan oleh pegawai eksekutif bukan Islam yang mengendalikan sistem itu.

"Ini kerana ia berbeza dengan apa yang saya maklumkan kepada kabinet," kata Nazri.

Beliau berkata, walaupun sistem itu dijalankan oleh orang bukan Islam, proses umrah tidak akan terjejas.

"Tidak ada dasar menentang orang bukan Islam (yang mengendalikan) kerana umrah tidak akan terjejas sekiranya orang bukan Islam menguruskannya," kata Nazri, yang kini dalam lawatan kerja di Jerman.

Nazri dilaporkan berkata, kementerian memutuskan untuk membatalkan Imams kerana beliau tidak bersetuju dengan bayaran yang dikenakan iaitu RM90 dan bukannya RM40.

Imams dikatakan sebagai satu-satunya cara untuk permohonan visa umrah oleh Kedutaan Arab Saudi di Malaysia.

Namun timbul kebimbangan mengenai sistem, termasuk pengenaan caj tertentu yang dianggap sebagai kos tambahan untuk menunaikan umrah.

Keputusan itu turut dikatakan berikutan kebimbangan bahawa Imams Sdn Bhd mempunyai ketua pegawai operasi bukan Islam.


Imams, umrah

Artikel Sebelum

Meriah 24 Pasangan Dirai

Artikel Berikut

Artikel Lain