suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tidak Berdaftar Dengan JKM

Lima maut dalam kebakaran di sebuah rumah banglo dua tingkat Pusat Jagaan Orang Tua Novel Care Home Centre di Sungai Long pagi Rabu. fotoBERNAMA

PETALING JAYA: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengesahkan tidak mempunyai rekod pendaftaran pusat jagaan orang tua Novel Care Home Centre di Sungai Long, Kajang yang terbakar, awal pagi Rabu.

Pegawai perhubungan awamnya, Raja Othman Raja Ibrahim berkata pengurusan pusat jagaan tersebut tidak mendaftarkan premis berkenaan dengan JKM sebelum dibenarkan beroperasi.

Pusat jagaan tersebut terbakar kira-kira pukul 6.30 pagi dan menggorbankan lima nyawa.

Mereka yang maut adalah seorang penghuni wanita dan tiga (penghuni) lelaki masing-masing berusia antara 60 hingga 70 tahun dan seorang pekerja warga asing di pusat jagaan tersebut.

Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Lai Wa Chong memberitahu media bahawa pusat jagaan itu tidak memiliki permit daripada pihak berkuasa tempatan tersebut.

"Tanpa lesen, mereka sebenarnya tidak boleh beroperasi," katanya.

JKM, Novel Care Home Centre

Artikel Sebelum

Harga Semua Bahan Api Turun

Artikel Berikut

Artikel Lain