Harga Semua Bahan Api Turun - Semasa | mStar

Harga Semua Bahan Api Turun

PETALING JAYA: Harga kesemua bahan api turun bermula selepas tengah malam Rabu.

Harga petrol RON95 dan RON97 turun sebanyak lima dan empat  sen masing-masing kepada RM2.25 dan RM2.52 seliter.

Sementara itu, diesel turun satu sen kepada RM2.20 seliter.

Harga baharu ini bakal berkuatkuasa bermula 12.01 pagi 14 November hingga 20 Disember.

Harga baharu itu dikongsi menerusi halaman rasmi Facebook Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Mekanisme penetapan harga bahan bakar mingguan berkuat kuasa pada April tahun ini dan harga petrol dan diesel telah ditempatkan pada sistem apungan bulanan yang diuruskan sejak 1 Disember 2014 berikutan penghapusan subsidi bahan bakar.

Harga minyak turun

Artikel Sebelum

Kanak-Kanak Maut Terkena Tembakan

Artikel Berikut

Tidak Berdaftar Dengan JKM

Artikel Lain