suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Annuar Tidak Akan Didakwa - SPRM

SHAH ALAM: Pihak pendakwa raya telah memutuskan untuk tidak mendakwa bekas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Tan Sri Annuar Musa berhubung isu penajaan pasukan bola sepak Kelantan dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

Perkara itu dimaklumkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, pihak pendakwa raya telah meneliti kertas siasatan isu terbabit.

“Setelah diteliti, diputuskan oleh pendakwaraya untuk tidak mendakwa beliau (Annuar).

“Ini kerana keterangan-keterangan yang diambil serta bukti yang dikumpul setakat ini tidak mencukupi untuk mendakwanya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, kertas siasatan terhadap Annuar telah selesai beberapa bulan lalu dan telah diserahkan kepada pejabat pendakwa raya untuk disemak.

Sementara itu, Pengerusi Mara, Datuk Dr Awang Adek Hussin menafikan khabar angin Annuar akan kembali ke agensi itu atau mana-mana anak syarikat Mara.

“Saya secara rasmi tidak mendengar Annuar akan kembali ke Mara. Khabar angin mungkinlah,” katanya.

 

Annuar Musa, SPRM

Artikel Sebelum

‘Dibunuh Sebelum Dibakar’

Artikel Berikut

Artikel Lain