suria

Pasport Siap Sejam Di PD

Sebahagian daripada orang ramai ketika proses bagi mendapatkan Pasport Antarabangsa pada Majlis Penyerahan Pasport Malaysia Antarabangsa Pertama oleh Jabatan Imigresen Port Dickson, Rabu.

PORT DICKSON: Jabatan Imigresen Malaysia menaik taraf pejabat cawangannya di Port Dickson dalam perkhidmatan pengeluaran pasport berbanding sebelum ini hanya menerima.

Timbalan Ketua Pengarah (Kawalan) Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Shahril Datuk Ismail berkata, Pejabat Imigresen di Port Dickson dinaik taraf kepada pejabat pengeluar Pasport Malaysia Antarabangsa dan Perkapalan.

Menurutnya, dengan peningkatan perkhidmatan ini, pelanggan boleh mendapatkan pasport dalam masa satu jam selepas bayaran berbanding sebelum ini yang mana pelanggan perlu menunggu sekurang-kurangnya tiga hari bekerja.

"Dengan penambahbaikkan perkhidmatan ini, kita jangkakan pejabat ini juga akan menerima peningkatan jumlah pelanggan pada masa akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan pasport pertama yang dikeluarkan oleh Pejabat Imigresen Port Dickson kepada pelanggan di sini pagi Rabu.

Pada 2016 jumlah pengeluaran pasport Malaysia di Pejabat Imigresen Cawangan Port Dickson adalah sebanyak 8,850 naskah sementara dari Januari hingga November tahun ini sebanyak 5,642 pasport dikeluarkan.- Sinar Harian



PD, Imigresen

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain