PUTRAJAYA: Polis tiba di Yayasan Kepimpinan Perdana untuk merekodkan keterangan Tun Dr Mahathir Mohamad berikutan kenyataan berkaitan Bugis yang dibuatnya pada perhimpunan, Oktober lalu.
Enam pegawai, dipercayai dari Bukit Aman tiba di yayasan itu pada 1.40 petang, Rabu.
Bekas peguam perdana menteri, Mohamed Hanif Khatira Abdullah turut dilihat memasuki premis terbabit pada pukul 1.05 petang.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, Dr Mahathir akan dipanggil untuk disoal siasat dalam masa terdekat.
Dua kertas siasatan telah dibuat susulan kenyataan Dr Mahathir berkaitan isu Bugis dalam perhimpunan di Petaling Jaya.
Menurut Mohamed Hanif, Dr Mahathir mula disoal pada pukul 2 petang dan berakhir selama 45 minit untuk menjawab 32 soalan.
Read more at https://www.thestar.com.my/news/nation/2017/12/13/police-at-dr-mahathir-office-record-statement-forex-losses/#mS7i3tkOfcfbQpsx.99


