suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Firefly Tutup Pejabat Jualan Di Persada

JOHOR BAHRU: FlyFirefly Sdn Bhd mengumumkan penutupan pejabat jualan Firefly di Pusat Konvensyen Antarabangsa (Persada) Johor di sini akhir bulan ini.

Pengurus Jualan Firefly Johor, Khairul Anuar berkata, penutupan pejabat jualan tersebut hanya melibatkan pejabat di Persada Johor.

“Saya  ingin memaklumkan bahawa penutupan pejabat jualan Firefly di Johor hanyalah di Persada Johor yang mana tarikh akhir operasinya adalah 22 Disember ini," katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.

Bagaimanapun, Khairul berkata, semua jadual penerbangan dan pejabat operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai masih beroperasi seperti biasa.

“Semua urusan berjalan seperti biasa dan sebarang maklumat atau pertanyaan boleh hubungi saya menerusi e-mel, [email protected] atau telefon 019-7782244,” tambahnya lagi.- Bernama

Firefly, Persada

Artikel Berikut

Artikel Lain