suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lima Maut Nahas Bas Ekspres, Kereta

Foto Bernama

JOHOR BAHRU: Lima dipercayai sekeluarga yang menaiki Perodua Viva maut dalam kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres berdekatan persimpangan Melayu Raya, Jalan Segamat, Labis, lewat petang Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Segamat, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Aizad Mamat berkata, seorang bayi lelaki yang turut berada di dalam Perodua Viva itu terselamat.

"Bayi yang cedera itu dihantar ke Hospital Segamat untuk rawatan," katanya ketika dihubungi di sini.

Menurutnya, identiti mangsa terdiri daripada seorang lelaki dan wanita dewasa, seorang kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan belum dikenal pasti.

Kesemuanya maut di tempat kejadian.

Mohd Aizad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pukul 6.11 petang dan tiba di lokasi kejadian tujuh minit kemudian bersama satu jentera dan satu unit Perkhidmatan Bantuan Kecemasan Perubatan (EMRS) berserta tujuh anggota.

Operasi tamat pada pukul 7.18 petang. Kesemua jenazah dihantar ke Hospital Segamat.

Sementara itu, tiada kecederaan dilaporkan berhubung mereka yang menaiki bas ekpres itu setakat ini. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Tun M Akan Disiasat - KPN

Artikel Lain