suria

Rahman Dahlan Boleh Saman Saya - Rafizi

Rafizi Ramli.

KUALA LUMPUR: Rafizi Ramli mendesak Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan supaya menyaman beliau sekiranya tidak berpuas hati dengan kesilapannya mendakwa bahawa kontrak Ekspo Negaraku diberikan kepada 'abang' menteri itu, Raslan Dahlan.

"Dia boleh saman saya. Itu bukan masalah. Jom jumpa di mahkamah kerana bila di mahkamah, saya boleh tanya dia," kata Rafizi pada sidang media di sini, Selasa.

Rafizi sebelum ini mendakwa bahawa Ketua Pegawai Eksekutif PICO Integrated Exhibit Sdn Bhd, Raslan Dahlan adalah abang Abdul Rahman.

Rafizi kemudian mengakui telah membuat kesilapan selepas Abdul Rahman membuat penafian berhubung dakwaan tersebut.

"Dia merupakan pengurus acara profesional dan maklumat yang diberikan oleh sumber di EPU (Unit Perancang Ekonomi) adalah tidak tepat, dan itu sudah cukup," kata Rafizi sambil menambah beliau sedia memohon maaf kepada PICO dan Raslan Dahlan.

Abdul Rahman berkata, beliau akan berunding dengan peguamnya bagi membincangkan tindakan undang-undang yang akan diambil terhadap Rafizi.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, beliau mengalu-alukan sekiranya Abdul Rahman mahu menyamannya kerana dia boleh memanggil saksi melalui sistem perundangan.

Rafizi berkata, kesilapannya tidak melenyapkan hakikat bahawa Abdul Rahman harus menjawab soalan mengenai berapa banyak wang yang digunakan untuk mengadakan ekspo berkenaan dan sama ada tender secara terbuka diadakan untuk memilih penganjur.

Tambah Rafizi, beliau telah membangkitkan persoalan berkaitan dengan pemberian tender di Parlimen sebelum ini, tetapi diberi jawapan bertulis bahawa maklumat mengenai syarikat dan nilai kontrak boleh didapati di portal kerajaan.

Rafizi kemudian berkata, berdasarkan semakan mendapati PICO Integrated hanya memperoleh satu kontrak pada 2010 semasa ia menganjurkan Aquafair Malaysia 2010 yang bernilai RM1.48 juta.

Artikel Sebelum

Tun M Akan Disiasat - KPN

Artikel Lain