suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

SPRM Janji Dakwa Pesalah Rasuah Tanpa Gentar

Dzulkifli Ahmad.

KUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad memberi jaminan bahawa setiap individu yang terlibat dalam rasuah akan didakwa di mahkamah, setiap minggu.

"Saya akan memastikan seseorang akan didakwa di mahkamah dan mengenakan pendakwaan ke atas pesalah setiap minggu. SPRM begitu konsisten dalam hal ini.

"Saya tidak kisah siapa yang didakwa. Saya mahu menggetarkan mereka yang terlibat dalam rasuah," katanya pada sesi dialog bersama Biro Kelab Umno Luar Negara sempena Sidang Kemuncak Pemerkasaan Milenia (MES) 2017 pada Isnin.

Namun apa yang membimbangkan katanya, berdasarkan kaji selidik yang dijalankan SPRM, 18 peratus daripada 1,000 pelajar universiti memberitahu, mereka akan menerima rasuah sekiranya ditawarkan.

"Trend ini akan berubah mengikut peredaran masa dengan program yang dianjurkan SPRM, dan kita akan memastikan persepsi sedemikian berubah dalam kalangan generasi supaya memberi amalan rasuah," kata Dzulkifli.

rasuah, SPRM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

Rawi MS meninggal dunia