suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lagi Kes Pemandu Teksi ‘Sembelih’ Lelaki Bangladesh

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki Bangladesh dipaksa untuk membayar tambang teksi pada harga cekik darah dan diugut dengan pisau sekiranya dia enggan menuruti caj tersebut.

Pada Selasa lalu, mangsa menaiki sebuah teksi di sini dan meminta untuk dihantar ke pusat beli-belah Sunway Putra.

Semasa dalam perjalanan, mangsa menyedari bahawa meter teksi tersebut menunjukkan caj tambang mencecah ribuan ringgit.

Selepas insiden itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi dan Ketua Polis Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah mengesahkan perkara tersebut ketika dihubungi pada Jumaat.

Beliau berkata, mangsa telah diperas ugut dan diminta untuk membayar sebanyak AS$1,500.

"Bimbang akan keselamatan dirinya, mangsa kemudiannya membayar sebanyak RM3,900," kata beliau.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain