suria

Tema Pengakap Pilihan Pengantin

GUAR CHEMPEDAK: Memegang jawatan yang sama iaitu Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kuala Muda membuatkan pasangan pengantin ini memilih untuk mengenakan busana bertemakan pengakap pada majlis perkahwinan mereka.

Majlis berlangsung di Kampung Baru, Jalan Yan Guar Chempedak, Sabtu lalu.

Mohd Yusri Yusof, 31, berkata, dia dan isteri sangat mencintai dunia pengakap kerana mereka juga berkenalan ketika menghadiri program pengakap sekitar 2013.

“Saya dan isteri mula berkecimpung dalam bidang pengakap ini sejak zaman persekolahan lagi,” katanya.

Mohd Yusri yang juga Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Sekolah Kebangsaan (SK) Ibrahim, Sungai Petani berkata, meskipun sudah memiliki kerjaya masing-masing, namun bidang pengakap ini masih lagi diikuti kerana minat yang mendalam.

Isterinya, Rosnah Ariffin, 31, berkata, menjadi impiannya untuk melangsungkan perkahwinan dengan bertemakan uniform pengakap.

“Alhamdulilah, majlis kami berjalan lancar dan seramai 200 sahabat pengakap dari pelbagai daerah juga turut hadir bagi memeriahkan majlis perkahwinan kami,” katanya.- Sinar Harian

pengakap, Guar Chempedak

Artikel Sebelum

'Arus Deras' Di Majlis Kenduri

Artikel Berikut

Artikel Lain