Mangsa Banjir Di Kelantan Meningkat - Semasa | mStar

Mangsa Banjir Di Kelantan Meningkat

Foto Facebook.

KOTA BHARU: Gelombang pertama banjir di Kelantan bertambah buruk apabila 1,729 mangsa dipindahkan sehingga 8 pagi Selasa berbanding 1,078 orang malam Isnin.

Kesemua mangsa ditempatkan di 29 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka di tujuh jajahan iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah, Pasir Puteh, Kuala Krai, Machang dan Bachok.

Menurut aplikasi infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kota Bharu mencatatkan jumlah tertinggi membabitkan 624 mangsa daripada 176 keluarga yang ditempatkan di lima PPS, manakala di Pasir Mas, 417 mangsa daripada 125 keluarga dipindahkan ke 11 PPS.

Hujan kadangkala lebat yang berterusan sejak malam tadi itu juga menyaksikan 274 mangsa daripada 89 keluarga ditempatkan di tiga PPS di Pasir Puteh dan 189 daripada 50 keluarga lagi ditempatkan di tiga PPS di Machang.

Selain itu, seramai 138 mangsa daripada 34 keluarga ditempatkan di lima PPS di Tanah Merah, 81 mangsa daripada 22 keluarga ditempatkan di sebuah PPS di Bachok dan enam mangsa daripada dua keluarga di sebuah PPS di Kuala Krai.

Dalam pada itu, menurut portal infobanjir.water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas melebihi paras bahaya dan semakin meningkat kepada 10.06 meter pada 7 pagi Selasa berbanding 9.68 meter pada 9 malam Isnin (paras bahaya 9 meter). - BERNAMA

banjir , Kelantan

Artikel Sebelum

Bomba Nafi Ada Buaya Berkeliaran

Artikel Berikut

Gunung Agung: Pelajar Malaysia Selamat

Artikel Berkaitan

Sanggup Harungi Arus Deras Demi Eting

Pattani Lumpuh Sebab Banjir

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain