suria

“Kunci Pagar Tu Hanya Berlakon”

Paparan skrin daripada video perbuatan Lando mengunci pagar besi Pejabat Tanah Seri Petaling yang tular pada Khamis. - Facebook/Lando Zawawi Vrus

PETALING JAYA: Seorang pengarah drama tetap bersemangat untuk terus membantu orang ramai yang berdepan masalah walaupun berdepan pelbagai dugaan.

Azlan Sani Zawawi atau Lando Zawawi telah ditahan pada Jumaat untuk disoal siasat berhubung kejadian mengunci pagar di pejabat kerajaan, bagaimanapun mahkamah mengeluarkan perintah membebaskannya pada kira-kira pukul 11 pagi Sabtu.

Susulan itu, Pengasas Ikatan Silaturahim Brotherhood (Brotherhood) berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang didakwanya telah membuat tuduhan tidak berasas terhadap dirinya.

"Saya harus menyelesaikan beberapa perkara terlebih dahulu dan kemudian akan berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan ke atas beberapa pihak tertentu.

"Buat masa ini, kes masih belum selesai. Tapi, saya tidak akan gentar dengan apa yang berlaku, malahan akan menyelamatkan lebih ramai orang," kata ketika dihubungi mStar Online pada Sabtu.

Jelas Lando, paparan dalam video yang tular sebelum ini hanyalah lakonan semata-mata sebagai mesej kepada pihak berkuasa supaya menyelesaikan masalah rakyat dengan segera.

Tambah beliau, perbuatannya mengunci pagar besi itu juga didakwa sudah meminta izin daripada pihak keselamatan sebanyak dua kali sebelum berbuat demikian.

Lando digelar 'hero masyarakat' kerana sikap beliau yang suka membantu mereka yang dalam kesusahan. 

"Saya kunci pagar besi di pintu masuk sahaja bukan pintu keluar, orang lain masih boleh keluar dari bangunan itu.

"Kunci pun cuma selama 45 saat dan mereka ada rakaman kamera litar tertutup (CCTV)," katanya.

Terdahulu, media tempatan melaporkan Lando ditahan bersama isterinya dan seorang lagi individu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh.

"Lando ditahan kerana video dia mengunci pagar besi pada pintu masuk utama di Pejabat Tanah Seri Petaling tersebar di media sosial.

"Susulan itu, satu laporan polis dibuat kerana mengunci pintu pejabat tersebut," kata sumber polis.

Lando Zawawi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain