suria

Setem Khas Putera Wales Dan Duchess of Cornwall

KUALA LUMPUR: Pos Malaysia bakal mengeluarkan  siri setem edisi khas menampilkan wajah Putera Wales dan Duchess of Cornwall sempena memberi penghormatan kepada lawatan sulung pasangan diraja Britain itu ke Malaysia selama lima hari bermula Jumaat ini.

Ketua Unit Setem dan Filateli, Pos dan Kurier Pos Malaysia, Diyana Lean Abdullah berkata siri setem khas itu adalah terhad dengan melibatkan pengeluaran 250,000 keping setem sahaja dan akan dikeluarkan bagi setiap satu reka bentuk secara bersiri.

Menurutnya  penjualan siri setem ini di Sabah, Sarawak, Melaka, Perlis, Negeri Sembilan, Selangor, Pahang, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya) akan bermula Jumaat ini.

Bagi Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor ia akan bermula  pada ahad (5 Nov) manakala Perak pada Isnin depan (6 Nov).

“Siri ini akan menampilkan dua keping setem dengan reka bentuk wajah Putra Wales (RM1) dan Duchess Cornwall (RM1).

“Selain setem turut dikeluarkan ialah 40,000 keping Lembaran Mini (LM) yang menampilkan wajah Putera Charles dan isteri Camilla yang berharga RM6,” katanya pada sidang berita pada Selasa.

Diyana berkata Pos Malaysia turut mengeluarkan  satu set lengkap koleksi setem pasangan diraja Britain itu yang dilengkapi Sampul Surat Hari Pertama (FDC) dan folder khas yang tertera logo Ulang Tahun Ke-60 Hubungan Dua Hala antara Malaysia dan United Kingdom serta satu keping lembaran mini yang dijual pada harga RM43.45 setiap set.- Bernama

Setem Putera Wales

Artikel Sebelum

Penceroboh Tertidur

Artikel Berikut

Artikel Lain