suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Simpan Harta Rompak, Pemandu Lori Didakwa

Contoh kenderaan Toyota Camry. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini pada Isnin atas tuduhan menyimpan harta rompak iaitu sebuah kereta jenis Toyata Camry, dua minggu lepas.

Kamarudin Mohd, 38, didakwa dengan curangnya menyimpan harta rompakan itu yang mana dia mengetahui kereta tersebut adalah harta rompakan di Jalan Susur Idaman, Daerah Iskandar Puteri, Johor Bahru, Johor, pada 12.01 tengah malam, 18 Okt lepas.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam itu dituduh mengikut Seksyen 412 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Norakmal Farhan Aziz tidak menawarkan sebarang jamiman.

Hakim Rohatul Akmar Abdullah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 14 Nov bagi sebutan semula kes. - Bernama


Artikel Sebelum

'Datuk Seri' Cuba Sogok Rela

Artikel Berikut

Berani Langgar Kereta Polis!

Artikel Lain