suria

'Datuk Seri' Didakwa Pukul Anggota Rela

Seorang anggota Rela, Ranbo Lee menunjukkan matanya yang lembam selepas dikasari seorang individu bergelar 'Datuk Seri'.

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang mengaku dirinya 'Datuk Seri' didakwa memukul tiga anggota Rela kerana tidak menunjukkan hormat kepadanya.

Kejadian berlaku di sebuah kuil di Ampang di mana satu sambutan diadakan pada pagi Jumaat.

Pasukan Rela bertugas untuk membantu memantau lalu lintas di kawasan itu.

Ketika kejadian, tiga anggota Rela memberitahu Datuk Seri berkenaan bahawa keretanya menghalang laluan berhampiran kuil.

Pengerusi Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA, Datuk Seri Michael Chong, yang merupakan timbalan pesuruhjaya kehormat Rela berkata, satu pertelingkahan berlaku selepas Datuk Seri itu menuduh anggota Rela berkenaan tidak menunjukkan hormat kepadanya.

Tiga anggota Rela yang cedera adalah Ranbo Lee, 27, Jackie Leong, 21, dan Melvin Cheong, 19.

Dalam kejadian itu, Ranbo mengalami lebam dan bengkak pada mata kirinya, badan Jackie ditendang manakala Melvin dipukul di bahagian kepalanya.

Michael berkata, kejadian tersebut dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) dan laporan polis telah dibuat.

"Kenapa melakukan perkara ini, lebih-lebih lagi terhadap orang yang sedang bertugas? Ini adalah penghinaan terhadap pasukan beruniform kita," kata Michael pada sidang media yang turut dihadiri tiga anggota Rela.

Rela, Michael Chong

Artikel Berikut

Artikel Lain