suria

Pegawai Penyiasat SPRM Profesional - Shafie

KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan tugas mereka secara profesional sepanjang tempoh remannya selama lapan hari.

Shafie direman bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana awam bernilai RM1.5 bilion di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) di Sabah.

"Saya penat. Saya perlu memeriksa tekanan darah tinggi dan memastikan saya sihat. Ia penting. Tekanan darah saya amat inggi iaitu pada bacaan 198/136 semasa penahanan awal. Saya tidak boleh memandang ringan mengenainya.

"Saya perlu meneruskan perjuangan saya. Tiada perkara datang dengan mudah tetapi saya tidak akan mengalah," katanya pada sidang media di sini Jumaat.

Beliau berkata ramai orang hadir menyatakan sokongan terhadapnya.

"Mereka mahu saya berdiri untuk mereka," katanya.

Shafie bagaimanapun enggan mendedahkan mengenai siasatan tersebut tetapi menegaskan akan bercakap di Parlimen.

SPRM, Shafie Apdal

Artikel Berikut

Intipati Bajet 2018

Artikel Lain