suria

Kebocoran Gas Punca Letupan Restoran

PETALING JAYA: Sebuah letupan berlaku di dalam sebuah restoran di Kota Damansara yang dipercayai berpunca daripada kebocoran gas.

Insiden berlaku kira-kira pukul 7 pagi Jumaat, kira-kira sejam setengah sebelum restoran terbabit dibuka.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata hos yang disambung ke tong gas terbabit mengalami kebocoran.

Letupan itu menyebabkan sebuah tong gas terbakar tetapi kebakaran itu berjaya dipadamkan menggunakan pemadam api.

letupan, restoran

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Habuan Bunuh Suami

Artikel Lain