suria

Warna Apa Pilihan PM?

PETALING JAYA: Pembentangan bajet pada setiap tahun sememangnya menjadi agenda yang dinantikan dalam kalangan rakyat pelbagai latar belakang di negara ini.

Kehangatan pembentangan Bajet 2018 yang akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat ini bukan sekadar tertumpu kepada manfaat yang akan diterima rakyat, namun mereka turut tertarik untuk mengetahui warna baju Melayu yang akan dipakai oleh Menteri Kewangan itu.

Menerusi status bergambar yang dimuat naik di laman Instagram mStar Online pada Rabu, rata-rata netizen mencadangkan agar Najib mengenakan baju Melayu merah atau biru ketika mengumumkan pembentangan bajet kali ini.

Status bergambar daripada laman Instagram mStar Online.

Selain merah dan biru, antara pilihan warna yang dicadangkan adalah turqoise, kelabu, hijau, merah jambu, jingga, hitam, kuning dan putih.

Melalui gambar tersebut, Najib pernah mengenakan baju dengan rona asas jingga sebanyak dua kali iaitu pada pembentangan Bajet 2014 dan 2015.

Mengenai intipati Bajet 2018, kerajaan dilapor akan memberi tumpuan terhadap kos sara diri dan isu perumahan pada pembentangan Bajet 2018 dalam usaha untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.

Selain itu, sektor-sektor tertentu yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat akan diberi keutamaan dalam bajet berkenaan.

Bajet 2018

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain