suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pura-Pura Tanya Ayam Kampung Sebelum Samun

Tangan kanan mangsa yang cedera ditetak lelaki yang menyamun di kedai makan di Melor. - Sinar Harian

KOTA BHARU: Berpura-pura bertanya mengenai lauk ayam kampung, tiga lelaki bersenjatakan parang kemudian merompak sebuah kedai makan di Kampung Kubang Tin, Melor, Kota Bharu, di sini, pagi Selasa.

Dalam kejadian jam 6.10 pagi itu, pembantu kedai warganegara Myanmar berusia 34 tahun cedera ditetak perompak.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, sebelum itu, mangsa bersendirian di kedai makan berkenaan sebelum tiga lelaki masuk ke dalam kedai bertanyakan tentang ayam kampung.

“Sejurus kemudian seorang daripada suspek tiba-tiba mengeluarkan satu objek didakwa menyerupai pistol dan meminta mangsa menyerahkan barang berharga.

“Pada masa sama, seorang lagi suspek mengeluarkan parang dan cuba menetak mangsa namun mangsa menghalang mengakibatkan tangan kanannya cedera,” katanya.

Menurutnya, suspek kemudian melarikan diri dengan menaiki motosikal bersama barang kemas iaitu cincin dan rantai emas kepunyaan isteri mangsa.

“Mangsa mendapat rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II sebagai pesakit luar dan membuat laporan di Balai Polis Melor, kira-kira jam 7.20 pagi.

“Polis kini mengesan suspek bagi menjalankan siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” katanya. - Sinar Harian

ayam kampung

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain