suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Dapatkan DNA Waris Dr Mahmud

PUTRAJAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) siapsiaga untuk bekerjasama dengan pasukan keselamatan Filipina bagi mengesahkan kematian militan rakyat Malaysia, Dr Mahmud Ahmad.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya telah mendapatkan sampel DNA waris bekas pensyarah itu.

Bagaimanapun katanya, setakat ini pihak Filipina belum membuat sebarang permintaan secara rasmi untuk mendapatkan DNA berkenaan.

"Berdasarkan maklumat daripada Filipina, mereka telah mengesahkan Dr Mahmud terbunuh dalam pertempuran dengan tentera di Marawi.

"Bagaimanapun, kita masih belum mengenal pasti mayatnya yang masih dibawah kawalan pihak tentera Filipina.

"Juga tiada permintaan daripada negara berkenaan untuk mendapatkan sampel DNA, tetapi kita telah bertindak proaktif untuk mendapatkannya daripada waris Dr Mahmud.

"Jadi, bila ada permintaan rasmi daripada Filipina, kita sudah siap sedia dengan apa yang diminta," kata Fuzi kepada pemberita pada Rabu selepas perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini.

Pada 19 Oktober lalu, Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengumumkan Dr Mahmud telah terbunuh di Marawi.


Dr Mahmud, Fuzi, Marawi

Artikel Sebelum

Habuan Nafsu Buas!

Artikel Berikut

Artikel Lain