suria

Jom Makan Durian Di Bentong

KUALA LUMPUR: Bagi penggemar durian, tandakan kalendar anda.

Festival Pelancongan Kebudayaan Durian Antarabangsa Malaysia 2017 akan diadakan di Bentong, Pahang pada 25 dan 26 November ini.

Anjuran MCA Belt and Road Centre (Mbrace) dengan kerjasama Syarikat Sistem Penyiaran Hunan, Mango Entertainment, acara itu mensasarkan untuk menarik lebih 50,000 pengunjung ke Bentong.

Presiden MCA yang juga Ahli Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata selain raja buah itu, pengunjung juga berpeluang menikmati buah-buahan tempatan dan juga halia Bentong.

"Produk seni budaya termasuk makanan berasaskan durian yang unik akan diperkenalkan kepada rakyat Cina menerusi Hunan TV bagi memperkukuhkan hubungan kedua-dua negara," katanya.

Festival dua hari itu akan menyediakan gerai yang menawarkan durian dan produk berasaskan raja buah itu dan buah-buahan tempatan lain di Dewan Perhimpunan Cina Bentong.

Persembahan nyanyian akan diadakan pada malam 25 November ini.

Kumpulan Nirvana Asia merupakan penaja utama, YY Dynamic Resources Sdn Bhd penaja emas manakala Kumpulan Mah Sing penaja perak.

Festival Durian, Bentong

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain