suria

“Terima Kasih Tak Calonkan Saya” - Mahfuz

Mahfuz Omar.

ALOR SETAR: Datuk Mahfuz Omar berterima kasih kepada PAS kerana menggugurkan beliau sebagai calon pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) akan datang.

"Saya mahu berterima kasih kepada tidak mencalonkan saya. Meskipun PAS mencalonkan saya... saya tidak akan terima kerana saya akan dilihat sebagai mengkhianati rakyat," katanya.

Mahfuz yang memenangi kerusi Parlimen Pokok Sena selama dua penggal di bawah tiket PAS disisihkan daripada parti itu selepas beliau menunjukkan sokongannya kepada Pakatan Harapan, yang tidak membabitkan parti Islam itu.

Pada Sabtu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, Mahfuz akan digugurkan dalam senarai calon PRU-14 kerana hubungannya dengan Pakatan Harapan.

Mahfuz menjelaskan bahawa beliau akan menolak sebarang pencalonan daripada PAS untuk menamakannya kerana parti itu tidak serius dalam hasrat untuk mengubah kerajaan dan yakin menang dengan hanya 40 kerusi parlimen.

"Jika saya menjadi calon buat parti yang hanya menyasarkan menang 40 kerusi, ia hanya memberi mandat kepada BN (Barisan Nasional) untuk terus memerintah," katanya.

Ditanya sama ada beliau akan mempertimbangkan untuk bertanding di bawah Amanah, Mahfuz berkata, ia bukan isu yang ditimbulkan sekarang.

Mahfuz Omar, PAS

Artikel Sebelum

Tiada Campur Tangan - Bellew

Artikel Lain