suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Masalah Bekalan Air Punca MH1 Patah Balik Ke Heathrow

PETALING JAYA: Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dari London menuju Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik ke Heathrow berikutan masalah teknikal.

Menurut MAS, penerbangan MH1 yang berlepas pada Jumaat, 20 Oktober (waktu UK) kembali ke lapangan terbang selepas satu jam berlepas kerana masalah sistem bekalan air di atas pesawat.

"Jurutera terus memperbaiki masalah yang timbul sebaik sahaja pesawat mendarat," jelas satu kenyataan pada Sabtu.

MAS juga berkata disebabkan kekangan masa penerbangan akan dijadualkan semula untuk waktu pelepasan yang baharu.

"Dalam masa sama, penumpang akan disediakan penginapan di hotel berhampiran Lapangan Terbang London Heathrow," katanya.

MAS, MH1

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain