Tragedi Tanah Runtuh: Keluarga Mangsa Hanya Mampu Tunggu - Semasa | mStar

Tragedi Tanah Runtuh: Keluarga Mangsa Hanya Mampu Tunggu

Salah seorang keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Tanjung Bungah.

GEORGE TOWN: Keluarga mangsa tragedi tanah runtuh di Tanjung Bungah hanya mampu menunggu berita mengenai saudara mereka yang dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tersebut.

Seorang warga Bangladesh, Mohd Bulumulah Mohd Atelmullah, 47, dilihat duduk di atas laluan berhampiran tapak pembinaan tersebut sambil berjujuran air mata kerana bimbang akan keselamatan anak saudaranya, Nuralla Altapussh, 35, yang dipercayai tertimbus di bawah tanah runtuh itu.

Artikel Berkaitan: Tanah Runtuh Tanjung Bungah: 14 Pekerja Berada Di Tapak, Dua Maut

"Saya tidak tahu apa yang boleh dilakukan. Dia pergi kerja pada pukul 8 pagi dan kejadian ini berlaku pada pukul 8.30 pagi.

"Saya rasa mungkin dia sudah tiada (meninggal dunia)," katanya ketika ditemui The Star di tempat kejadian.

Seorang lagi pekerja Bangladesh, Mohd Awal Jafra Alma, 21, berkata, seorang rakan memaklumkan bahawa adik lelakinya, Abdul Rahman, 18, tertimbus dalam tragedi itu.

"Saya berharap dia selamat tapi kawan-kawan memberitahu bahawa dia sudah meninggal dunia. Jika benar, saya mahu membawa pulang mayatnya ke Bangladesh kerana ibu bapa saya sedang sakit dan dimasukkan ke hospital di sana," katanya.

Seorang pekerja yang berada di tapak pembinaan ketika kejadian tersebut berlaku berkata, dia terselamat kerana sudah berpindah.

Mohammad Jashim Husseif Ahmad, 27, berkata, terdapat seramai 20 orang di tempat kejadian.

Dua mangsa sudah disahkan maut dan mayat mereka sudah dijumpai.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

ATM, CDM Hangus

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Coklat tumpah, panggil bomba!

Mas Ermieyati sertai Bersatu

Pilu tiga ibu rayu anak pulang