Dari Ajuk Dan Menyampuk, Akhirnya Kuasai Bahasa Tamil - Semasa | mStar

Dari Ajuk Dan Menyampuk, Akhirnya Kuasai Bahasa Tamil

Minum petang bersama rakan-rakan.

JIKA ada kemahuan, apa cara sekalipun pasti membuahkan hasil.

Itulah yang dilakukan seorang guru, Ramli Ahmad Rozali, 49, apabila mula petah berbahasa Tamil sejak usia 11 tahun lagi.

Tanpa perlu mendapatkan sebarang kursus atau menghadiri kelas bahasa, anak sulung daripada lima beradik ini hanya mempelajari bahasa itu melalui perbualan dengan rakan-rakan.

Menurutnya, kehidupan bermasyarakat tanpa sempadan bangsa dan agama di Kuarters Kerajaan Greentown, Ipoh sekitar tahun 70-an dahulu menjadi titik permulaan yang memperkenalkannya kepada bahasa Tamil.

Mengimbau kembali kenangan itu, Ramli tak semena-mena teringatkan kepada rakan sepermainannya iaitu Arasu, Thambi, Lawreen, Jude dan Moon.

“Bila dengar rakan India berbual bahasa Tamil, saya jadi geram kerana tak faham.

“Ada kalanya saya cuba menyampuk ketika mereka berbual. Walaupun tak faham, saya tetap duduk dekat dan dengar biji butir yang dibualkan.

“Makin lama saya mula suka dengar dan sudah boleh tangkap beberapa perkataan yang selalu mereka gunakan,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, dia memberanikan diri bercakap dan mengajuk setiap perkataan yang diketahui kerana pada ketika itu kebanyakan kawan-kawannya berbangsa India.

Bersama isteri, Siti Sapura Abu Bakar. 

“Mula-mula mereka ketawakan saya bila ada sebutan yang tak betul tapi lama-lama mereka pula jadi cikgu, sekali gus beri tunjuk ajar apa sebutan yang betul dan salah,” katanya.

Belajar dengan kawan baru dikenali

Pengalaman bertutur dan menggunakan bahasa Tamil itu dibawa hingga ke peringkat sekolah menengah dan alam kerjaya.

Katanya, meskipun jauh daripada rakan sepermainan, namun dia tak pernah melupakan keinginan untuk menguasai bahasa itu dan sentiasa cuba mempelajari perkataan baharu melalui rakan yang baru dikenali.

“Makin lama saya dah boleh kuasai banyak perkataan, sampai la sekarang.

Walaupun tidaklah sampai ke tahap pro.

“Tapi kalau dalam ada dua orang India berbual, saya boleh tahu apa yang mereka sembangkan,” katanya.

Menurutnya, pernah terjadi suatu ketika dulu ketika dia menjadi guru disiplin pada tahun 1997, seorang daripada pelajar perempuan yang ditangkap atas kesalahan disiplin cuba berpakat menipu dengan teman lelakinya.

“Mereka berdua berbual dalam bahasa Tamil untuk mengaku sebagai ahli keluarga. Nasiblah saya tahu apa yang dibualkan, jadi saya marah balik mereka dalam bahasa Tamil.

“Reaksi mereka pada waktu itu sangat terkejut. Dari situlah pecah tembelang saya. Ramai yang dah tahu saya boleh faham dan bertutur dalam bahasa Tamil,” katanya.

Rasa lebih mesra dengan bangsa lain

Ramli yang kini berkhidmat sebagai Pegawai Pengurusan Kokurikulum Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ipoh menganggap kebolehan menguasai selain bahasa Melayu membuatkannya merasa lebih mesra dengan masyarakat bangsa lain.

Kenangan potret Ramli (barisan kedua, empat kiri) bersama rakan sekolah yang menyertai pasukan pengakap di Sekolah Kebangsaan (SMK) Anderson.

Menurutnya, cara itu juga menjadikan komunikasi antara masyarakat sekeliling dengan lebih mudah tanpa sedikit pun rasa terpinggir atau diskriminasi.

“Sekarang, kalau jumpa orang India, saya rasa macam saudara sendiri. Bolah faham apa yang mereka bualkan dan ia sesuatu yang menyeronokkan, lebih-lebih lagi kalau dapat sembang sekali,” katanya.

Berbicara soal perpaduan, beliau mengakui, generasi muda sekarang adalah kumpulan paling rugi kerana tidak boleh merasai harmoninya hubungan pelbagai kaum yang ada di negara ini.

“Jika dulu, kami boleh bergurau senda dalam berbicara, mengajuk dan saling bertingkah melalui bahasa.

“Sekarang saya tak rasa akan ada suasana begitu dan kalau ada mungkin segelintir kerana paling kurang mesti sudah ada yang kena tampar,” katanya. - Sinar Online

bahasa Tamil

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain