suria

Kes Rogol Atlet: Kenyataan 18 Individu Dirakam

KOTA KINABALU: Pihak polis telah merakam kenyataan daripada kira-kira 18 individu bagi membantu siasatan berhubung kes rogol membabitkan atlet penerjun wanita negara di Kompleks Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 26 September lepas.

Turut dirampas kamera litar tertutup (CCTV) Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pihak polis juga telah merujuk kepada pihak forensik, pakar kimia dan patalogi bagi melengkapkan proses siasatan sebelum laporan lengkap diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.

"Setakat ini hanya seorang lelaki (ditahan). Saya fikir kita boleh anggap (dia) sebagai  suspek utama, namun ia bergantung kepada perkembangan siasatan kita.

“Jika ada keperluan, polis akan membuat tangkapan selanjutnya untuk melengkapkan siasatan. Kami akan menjalankan siasatan secara terperinci dan berharap kertas siasatan akan dapat disiapkan secepat mungkin," katanya kepada pemberita.

Mohamad Fuzi berada di sini bagi menerima Anugerah Seri Panglima Darjah Kinabalu yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima sempena ulang tahun ke-64 Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri pada Sabtu.

Pada 2 Oktober lepas, seorang jurulatih terjun negara telah ditahan kerana disyaki merogol atlet penerjun wanita tersebut.Jurulatih itu berumur 35 tahun dan berasal dari China ditahan selepas pihak polis menerima laporan daripada mangsa.

Dia kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.- Bernama

Rogol Atlet

Artikel Sebelum

Kebakaran Di Mid Valley

Artikel Berikut

Artikel Lain