suria

Lapan Disyaki Terlibat Kumpulan Pengganas Ditahan

Salah seorang supek ditahan di Sandakan pada 27 September lalu.

PETALING JAYA: Lapan lelaki ditahan oleh Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas kerana disyaki terlibat dalam aktiviti keganasan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun memberitahu dalam satu kenyataan pada Sabtu bahawa tangkapan tersebut melibatkan empat rakyat Malaysia, dua Filipina, seorang warga Filipina bertaraf Pemastautin Tetap (PR) Malaysia dan seorang warga Albania.

"Tangkapan pertama pada 27 September lalu di Sandakan, Sabah melibatkan lima suspek berusia 30 hingga 53 tahun.

"Kesemua mereka disyaki terlibat dalam aktiviti membantu penyusupan masuk anasir-ansir pengganas Abu Sayyaf Group (ASG) ke Malaysia melalui Sabah.

"Operasi ini adalah susulan daripada penangkapan tujuh anasir sel ASG pada 14 September lalu di Kuala Lumpur," jelasnya dalam kenyataan tersebut.

Sementara itu, tangakapan kedua pada 1 Oktober lalu di Bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 melibatkan seorang suspek warganegara Albania berusia 35 tahun.

"Suspek merupakan seorang pensyarah di Institusi pengajian Tinggi Awam (IPTA).

"Dia ditangkap di Selangor kerana mempunyai hubungan dengan anggota kumpulan pengganas Daesh di luar negara," katanya.

Selain itu pada Jumaat, dua suspek yang merupakan bekas banduan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) di Tapah, Perak.

"Mereka pernah ditangkap pada 7 Februari 2013 kerana terlibat dalam aktiviti keganasan dan dijatuhi hukuman penjara selama tujuh tahun pada 27 Januari 2016.

"Suspek pertama berusia 53 tahun di tangkap di bawah Akta Pencegahan Keganasan (Pota) pernah menjalani perintaha tahanan selama tujuh tahun.

"Dia disyaki merekrut banduan di penjara tapah untuk menganggotai kumpulan pengganas dan merancang untuk melancarakn serangan ke atas rumah ibadat orang Islam, Kristian dan Hindu untuk mencetuskan konflik antara kaum.

"Dia juga disyaki melindungi maklumat mengenaui salah seorang anggota Tandzim Al-Qaeda Malaysia (TAQM) yang dikehendaki polis dan masih bebas".

Selain itu, seorang lagi suspek berusia 37 tahun bersama suspek pertama disyaki merekrut dua rakyat Malaysia untuk menyertai Kumpulan TAQM.

Suspek Pengganas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pemandu Lori Balak Rentung

Artikel Lain