suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jamal Yunos, 7 Lagi Ditahan

PETALING JAYA: Datuk Seri Jamal Yunos ditahan susulan tindakannya memecahkan sejumlah botol bir di hadapan pintu pagar utama bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad berkata, Jamal bersama tujuh lagi lelaki telah ditahan di Sekinchan pada 1.45 pagi Jumaat.

Mereka akan dibawa ke Mahkamah Shah Alam untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

Polis Shah Alam telah menerima aduan daripada pengawal keselamatan pada Khamis susulan protes Jamal di luar bangunan berkenaan bagi mendesak pembatalan The Better Beer Festival 2017.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana menyertai perhimpunan haram dan dibaca bersama seksyen 268 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan gangguan awam.

Jika didapati bersalah, Jamal boleh dihukum penjara maksimum enam bulan atau denda atau keduanya.

Dalam kejadian pada Khamis itu, Jamal bersama sekumpulan 20 penyokongnya tiba pada kira-kira 10.15 pagi di bangunan itu dan mendapati pintu pagar utamanya ditutup.

Kehadiran mereka bagi mengadakan sidang media membantah penganjuran festival arak itu. Turut dibawa adalah kira-kira 10 kotak berisi botol beer dan memecahkan kesemua botol tersebut menggunakan penukul simen.



Jamal Yunos

Artikel Sebelum

Nuan Nuan Balik Kampung

Artikel Berikut

Artikel Lain