suria

Siasatan Seleweng Dana Kementerian, Tiga Dicekup

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu termasuk seorang bekas timbalan setiausaha bahagian sebuah kementerian dalam siasatan mengenai penyelewengan dana sebuah kementerian persekutuan di Sabah.

Menurut sumber, bekas timbalan setiausaha berumur 40 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada 8.15 malam Khamis.

“Turut ditahan pemilik syarikat pembinaan berumur 52 tahun di pejabat SPRM Sabah pada 8.45 malam ini (Khamis),” kata sumber itu kepada Bernama.

Selain itu, SPRM menahan seorang pengarah dan pemilik sebuah syarikat berusia 46 tahun pada 6.40 petang hari yang sama di pejabat SPRM Sabah.

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad mendedahkan, SPRM menyita akaun bank berjumlah RM29 juta lagi dalam siasatan kes itu.

Sebelum ini, SPRM menyita lebih RM150 juta dalam akaun bank susulan siasatan yang dilakukan pegawai  penyiasat badan itu di 15 lokasi di Sabah.

SPRM

Artikel Sebelum

Jamal Yunos, 7 Lagi Ditahan

Artikel Berikut

Peluk Islam Kerana Azan

Artikel Lain