suria

Kes RM6.2 Juta: Boy Iman Ditahan

PETALING JAYA: Pihak polis telah menahan Pengarah Urusan DBI Properties, Datuk Nuruliman A. Rahman (gambar) atau Boy Iman di Balai Polis Bukit Indah, Ampang pada Isnin.

Selepas membuat pemeriksaan di Wisma DBI, pihak polis turut merampas sebuah kereta Nissan Fairlady, sebuah BMW E92 dan tiga unit telefon bimbit.

Selain itu, sijil doktor falsafah dari Samaritan Mission International University dan beberapa dokumen daripada syarikatnya turut dirampas susulan pemeriksan itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya telah menerima sebanyak 188 laporan polis berkaitan penipuan jualan rumah yang dilakukan DBI Properties dan Syarikat Juta Kelulut Global Resources (SJKGR).

Kesemua kerugian dianggarkan mencecah RM6.2 juta.

"Berdasarkan siasatan, syarikat ini menawarkan rumah kepada pembeli dengan harga jauh lebih murah daripada pasaraniaitu sekitar RM60,000 untuk sebuah rumah banglo berkeluasan 1,650 kaki persegi.

"Bagaimanapun, setelah bayaran dilunaskan, pembinaan rumah tersebut tidak dijalankan," katanya melalui kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa.

Polis turut menahan dua lagi suspek utama kes terbabit di kondominium di Setapak, Kuala Lumpur.

Kedua-dua suspek merupakan lelaki Melayu berusia 45 dan 29 tahun ialah pemilik SJKGR dan dua unit telefeon bimbit dan pelbagai dokumen syarikat tersebut turut dirampas.

"Kesemua suspek sedang direman selama dua hari bermula hari ini (Selasa) untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Penelitian polis mendapati sindiket penipuan hari ini semakin bijak memanipulasi kehendak dan keperluan masyarakat untuk mewujudkan pelbagai skim penipuan serta pelaburan bagi menarik perhatian mangsa," ujarnya.


Boy Iman, DBI Properties

Artikel Sebelum

Dah 'Cium', Sila Bayar

Artikel Berikut

Muslihat Sorok Duit Dalam Beras

Artikel Lain