suria

Syed Saddiq Tolak Biasiswa Ke Oxford

PETALING JAYA: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memutuskan untuk menangguhkan pengajiannya dalam peringkat Ijazah Sarjana bagi bidang Dasar Awam di Universiti Oxford di Britain.

Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu mendakwa beliau ditawarkan biasiswa kira-kira RM400,000, tetapi dengan penangguhan itu bermakna beliau tidak lagi layak mendapat sebarang biasiswa daripada Oxford pada masa akan datang.

Syed Saddiq berkata, keputusan tersebut bukannya mudah untuk dilakukan.

"Saya mohon maaf kepada keluarga dan rakan-rakan rapat... saya harap mereka faham keputusan saya," katanya pada sidang media yang disiarkan secara langsung di Facebook pada Isnin.

"Saya tahu jika saya pergi ke Oxford tahun ini, hati saya tidak akan berada di sana. Nak fokus belajar pun tak boleh. Hati saya sentiasa di Malaysia," katanya dengan sebak, sambil menambah melanjutkan pengajian di universiti berprestij di Britain itu merupakan impiannya sejak dulu.

Universiti Oxford, Syed Saddiq

Artikel Berikut

Artikel Lain