suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hanya Saya Sertai Umno, Bukan Lapan Ahli PKR - Mat Taib

Mat Taib.

SHAH ALAM: Khabar angin mengenai Tan Sri Muhammad Muhammad Taib sepatutnya membawa lapan ahli dewan undangan negeri (Adun) PKR bersama semasa bekas menteri besar Selangor itu kembali ke pangkuan Umno, baru-baru ini adalah tidak benar.

"Saya ke sana seorang, tanpa sebarang perancangan untuk membawa sesiapa bersama, bagi menyertai semula Umno untuk berkhidmat kepada masyarakat Melayu," katanya pada sidang media di kediamannya di Seksyen 7 di sini, Isnin.

Beliau berkata, khabar angin itu hanyalah angkara individu-individu yang tidak bertanggungjawab.

Muhammad berkata, beliau mahu meminta maaf kepada rakyat kerana keluar dari Umno sebelum ini.

Muhammad keluar Umno untuk menyertai PAS pada 2011, dan kemudian meninggalkan parti Islam itu bagi menyertai PKR pada 2013.

Pengumuman beliau menyertai semula Umno dibuat pada sidang media oleh presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 17 September lalu.

Mat Taib

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain