suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

21 Pengikut Syiah Ditahan

JOHOR BAHRU: Seramai 21 lelaki termasuk tiga warga asing ditahan dalam serbuan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (Jainj) bersama unit cawangan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sebuah rumah di Ulu Tiram, di sini kerana disyaki mengadakan majlis yang dikaitkan dengan fahaman Syiah.

Pengarah Jainj, Amran A Rahman berkata, serbuan dilakukan pada kira-kira jam 10.05 malam, semalam di sebuah rumah hauzah syiah hasil maklumat dan risikan dijalankan.

Katanya, hasil pemeriksaan dijalankan, kesemua lelaki ditahan disyaki melakukan kesalahan dibawah Seksyen 9 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 iaitu Mengingkari Pihak Berkuasa Agama seperti dinyatakan melalui fatwa.

"Serbuan disertai 34 anggota Jainj dan PDRM ke atas sebuah rumah yang disyaki mengadakan majlis dikaitkan dengan ajaran atau fahaman Syiah.

"Kesemua 21 individu yang ditahan telah dibawa ke Bahagian Penguatkuasaan Jainj untuk disoal siasat," katanya



Syiah, Ulu Tiram

Artikel Sebelum

Kata Expo Kerjaya Tapi ...

Artikel Berikut

Artikel Lain