Skim Perumahan Boy Iman Tidak Terjamin - Noh Omar

Boy Iman (kanan) bergambar dengan Noh Omar ketika menteri itu hadir ke jamuan Syawal di pejabat pelakon itu pada Syawal lalu.

PETALING JAYA: Skim perumahan DBI Properties yang dimiliki pelakon Datuk Boy Iman tidak dilesenkan di bawah Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1996 atau dikenali dengan Akta 118. 

Menteri Kesejahte­raan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar berkata, skim seperti ini tidak melindungi hak pembeli dan urusan penjualan juga tidak terjamin. 

“Saya nasihatkan semua pihak yang terlibat menyelesaikan isu ini mengikut undang-undang kerana saya percaya pasti ada perjanjian atau kontrak telah dibuat diantara pembeli dan syarikat DBI Properties atau membuat laporan kepada polis dan KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan),” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan menerusi Facebook miliknya pada Khamis.

Boy Iman 

Boy Iman Didakwa Cuba Menipu Guna Skim Penjualan Rumah

Syarikat Boy Iman Tidak Diberi Kebenaran Guna Logo Sirim

Isu projek perumahan murah yang diperkenalkan Boy Iman atau nama sebenarnya Norul Iman Abd Rahman, 37, menjadi kontroversi apabila orang ramai yang membayar bagi memiliki rumah pada harga rendah telah membuat laporan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) baru-baru ini selepas merasakan ditipu.

Skim berkenaan dikatakan mendapat pengiktirafan selepas Noh menghadiri majlis yang dianjurkan oleh pelakon tersebut pada Hari Raya lalu dan turut memberi ucapan pada majlis berkenaan. 

Dalam pada itu Noh berkata, beliau amat terkejut kerana dikaitkan dengan skim perumahan tersebut.

Ujarnya, video yang tersebar semasa kehadirannya pada majlis jamuan Hari Raya anjuran Boy Iman itu bukan program rasmi. 

“Sebelum balik saya telah diminta oleh Dato Boy Iman untuk merasmikan ibu pejabat DBI Properties dan diminta untuk memberi ucapan,” katanya.

Noh Omar membuat kenyataan tiada kaitan dengan syarikat Boy Iman.

Tambah beliau skim perumahan yang diperkenalkan DBI Properties juga tidak melindungi hak pembeli dan urusan penjualan juga tidak terjamin. 

Sehubungan itu beliau telah mengarahkan Jabatan Perumahan Negara agar mengambil tindakan sewajarnya berhubung isu itu. 

“Saya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan skim ini ataupun mana-mana individu atau syarikat yang terlibat dengan model perniagaan seperti ini. Saya juga telah mengarahkan supaya Jabatan Perumahan Negara mengambil tindakan sewajarnya,” kata Noh. 

Dalam masa yang sama mana-mana pihak yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara ini boleh menghubungi Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Perumahan Negara di talian 03-88914355, 03-88914356.

Boy Iman, Noh

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

“Mommy Cantik Tapi Hitam”

Artikel Berkaitan

Klik

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Artikel Lain