suria

Tragedi Tahfiz: Amiel Nak Bantu Ibu Bapa Masuk Syurga

PETALING JAYA: Kurang 24 jam selepas menyampaikan catatan penuh makna dan menyentuh hati kepada kedua ibu bapanya, Amiel Asyraf Abdul Rashid telah dijemput Ilahi dalam tragedi kebakaran awal pagi Khamis.

Pelajar Pusat Tahfiz Darul-Quran Ittifiqayah, Jalan Keramat Hujung itu terkorban bersama 21 rakannya serta dua tenaga pengajar pusat berkenaan.

Pelajar berusia 11 tahun itu telah menyampaikan sekeping surat tulisan tangannya kepada ibu bapanya yang melawatnya pada Rabu.

Menerusi catatannya, Amiel memohon maaf dan meluahkan rasa sayangnya kepada ibu bapanya yang menjaganya selama ini.

Malahan, anak ini juga berterus terang dan mengakui masuk ke pusat tahfiz itu sebagai cara untuk membalas budi kedua insan yang disayanginya dan paling utama mahu membantu mereka masuk ke syurga.

Ibu Amiel, Norhayati Khalid, 42 menunjukkan surat itu kepada wakil media yang membuat liputan tragedi itu di Hospital Kuala Lumpur.

"Amiel Asyraf menjadi mangsa kejadian itu kerana katilnya terletak di tengah bilik asrama.

"Sebelum ini anak saya bersekolah di Kelantan, tetapi saya pindahkan dia ke sini supaya lebih dekat dengan keluarga," katanya sambil menambah anaknya yang memilih untuk belajar di pusat tahfiz.

Mayat pelajar dan guru pusat tahfiz berkenaan ditemui dalam bilik asrama dalam keadaan rentung dan bertindih, manakala beberapa lagi terselamat selepas keluar menerusi tingkap.



Artikel Berikut

Artikel Lain