Tumbuk Isteri, Pemandu Peribadi Dipenjara Empat Bulan - Semasa | mStar

Tumbuk Isteri, Pemandu Peribadi Dipenjara Empat Bulan

KUALA LUMPUR: Seorang  pemandu peribadi dipenjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini kerana mencederakan isterinya, Sabtu lalu.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid menjatuhkan hukuman itu ke atas Aminuddin Samad, 47, selepas dia mengaku bersalah dengan sengaja menumbuk muka, kepala dan belakang badan isterinya yang berumur 50 tahun di Lorong Raja Muda  Musa 5, Kampung Baru, di sini, pada 10.15 malam, 9 September lalu.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 9 September.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama di bawah Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu hukuman ringan dengan alasan dia penanggung utama keluarganya.

"Saya juga menghidap penyakit kencing manis.  Anak saya bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia  tahun ini. Saya memohon hukuman ringan," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Noor Elynna Hanim Abdul Halim memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran dikenakan terhadap tertuduh.

"Tertuduh sebagai suami dan ketua keluarga sepatutnya menyelesaikan masalah rumahtangga dengan cara yang baik, bukan dengan kekerasan," katanya.

Mengikut fakta kes, tertuduh memukul isteri sambil mengamuk dengan menuduh mangsa mencari lelaki lain,  membomohkannya serta menghasut anak-anak membencinya.

-- Bernama 


Artikel Sebelum

Guru Korban Tenaga Demi Calon UPSR Orang Asli

Artikel Berikut

Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mangkat

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

Artikel Lain