Rekod Demokrasi, Kebebasan Bersuara Malaysia Utuh - PM - Semasa | mStar

Rekod Demokrasi, Kebebasan Bersuara Malaysia Utuh - PM

Najib Tun Razak.

KUALA LUMPUR: Berikut artikel Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertajuk 'Rekod Demokrasi dan Kebebasan Bersuara Yang Utuh di Malaysia' dipaparkan dalam blog beliau, najibrazak.com.

Dalam artiket tersebut, Najib, antara lain, mengkritik mereka yang cuba mencemar nama baik negara di persada dunia semata-mata hanya untuk kepentingan politik dan menegaskan kerajaan mendukung demokrasi, kebebasan bersuara dan kedaulatan undang-undang.

Pada 31 Ogos, Malaysia menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-60 serentak dengan rekod pungutan pingat negara pada Sukan SEA, kami turut meraikan enam dekad negara kami menjadi sebuah demokrasi dan masyarakat yang bebas.

Hakikatnya, apabila pilihan raya ditandingi dengan begitu hebat dan kebebasan untuk menyatakan pandangan, Malaysia mempunyai rekod demokrasi yang paling lama di seluruh Asia Tenggara.

Ini dapat dilihat dalam pilihan raya kami sebelum ini, apabila parti yang berbeza menang di beberapa negeri dan tokoh politik terkemuka hilang kerusi masing-masing disebabkan tiada sebarang keputusan yang boleh dijamin dalam undian demokratik yang bebas. Terserah kepada rakyat untuk memilih dan ini adalah satu rekod yang perlu dibanggakan oleh seluruh rakyat Malaysia.- Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Sajat Tak Marah Dah

Artikel Berkaitan

Buaya Buat LDP Sesak

Tanglung ‘Pak Pak’ Jadi Perhatian

Lebih Artikel