suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Cuba Pecah Tabung Masjid IPK Diburu

Gambar hiasan.

ALOR SETAR: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang didakwa cuba mencuri tabung derma di masjid ibu pejabat polis kontinjen (IPK) negeri di sini.

Menurut sumber, insiden tersebut berlaku pada Khamis lalu apabila seorang imam berusia 32 tahun tiba di masjid itu pada kira-kira pukul 6.15 petang.

"Bila imam masuk ke dalam masjid, dia terdengar bunyi bising dan mendapati seorang lelaki cuba memecah mangga peti derma.

"Suspek bergegas keluar dan melarikan diri dengan motosikal melalui pintu belakang IPK. Lelaki itu meninggalkan beg yang mengandungi pelbagai peralatan," katanya sambil menambah bahawa CCTV merakamkan tindakan suspek.

"Tiga kes kecurian berlaku di masjid itu sebelum pemasangan CCTV," katanya.

Sumber tersebut turut mengatakan bahawa salah seorang ahli jawatankuasa masjid telah menangkap gambar suspek sebelum melarikan diri.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Yazri Ismail berkata, mereka menerima laporan berhubung insiden itu.

"Kes akan disiasat di bawah Seksyen 451 Kanun Keseksaan kerana memecah masuk tanpa kecurian," katanya.

Artikel Sebelum

Sajat Tak Marah Dah

Artikel Berikut

Artikel Lain